Blog (REOPEN)...  

Wednesday, January 06, 2010

Assalammualaikum w.b.t..


Dah lama agaknya saye private blog nie..
Maka dengan ini, saye dengan suka cita nya,
membuka blog ini kembali.. 
buat tatapan semua terutama sekali Encik Remy ishak (merangkap secret admirer saye..) ;p

Dengan lafaz Bismillah, saye rasmikan pembukaan blog ini..
Sekian.. terima kasih..hehe.




bermula langkah ku...

AddThis Social Bookmark Button


Lauk rayer (gambar je)  

Saturday, October 10, 2009

Selamat pukul 1 pagi.
Memandangkan saye malas nak menulis.
letak gambar je pun boleh kot?

LOKASI: beraya di bumi johor..
antara yang sempat di masak adalah seperti berikut.ehe.












a wonderful and a great raya.. ♥

AddThis Social Bookmark Button


Cikgu Adnan...dalam kenangan ku..  

Sunday, October 04, 2009

Seperti sudah lama tidak menulis..
menghilang?
tidak juga.

Cuti raya selama seminggu diguna sebaik-baik mungkin. Dapat lah jugak pegi open house kawan-kawan sekolah (jana, fazira, pojen, fizi, ainnun, aiman, azuanna, tahirah, farah, lizawati, cikgu norliza rafie,syikin). Cikgu Norliza masih kenal lagi wajah ini. Cikgu cakap Encik Adnan baru meninggal dunia, katanya kencing manis. Innalillah..

Encik Adnan, penyelia petang sekolah. Dulu pernah mengajar subjek matematik di sekolah semasa form 2. Selalu panggil saye menantu dia. Cikgu, terima kasih atas segala tunjuk ajar selama nie. Anak murid cikgu dah dewasa, bukan lagi budak-budak yang cikgu kenal semasa form 2 dulu. Sudah memegang sekeping kertas. I hope i make u proud. Terima kasih atas segala-galanya. Saye doakan cikgu dirahmati Allah dan tergolong di kalangan insan-insan yang beriman. Amin...



merindui saat itu..

AddThis Social Bookmark Button


Di malam rayer..dam dam dumm...  

Saturday, September 19, 2009

















Di malam rayer.  


Apa yang menariknya, handphone pasti berbunyi riang.. kalau dalam rumah tue ada 10 handphone. Maka, kesepuluh-puluh handphone tue lah dok sibuk menyanyi-nyanyi. Mesej masuk dengan kadar yang luar biasa dari kebiasaannya. Biasalah hari yang istimewa, pasti ramai yang ingin berkongsi kegembiraan dan meminta maaf di hari lebaran.Antara yang sempat menyinggah di peti masuk handphone adalah dari ayahanda angkat saye dari Muar,Johor. Mesej beliau berbunyi,

"Jika kesilapan semalam belum terampun, MAAFKAN lah..
Jika kesilapan hari ini menyakitkan harap LUPAKAN lah..
Jika kesilapan esok mendatang JANGAN lah di bawa ke akhirat.."

3 ayat yang ringkas dan padat dan tentu sekali membawa seribu pengertian bagi yang memahami.

Di malam rayer ini jugak,
semua dok sibuk siapkan juadah hari rayer untuk esok pagi.Al-maklum lah rumah tok.. Mesti ramai sedara-mara yang datang. Juadah yang mesti ada sudah tentu lodeh,sambal goreng,rendang.standard kot untuk rakyat jelata johor. Tinggal lodeh je kot yang macam tak berapa nak siap,sebab kalau buat awal-awal, nanti basi.

Tinggal kira-kira lagi 1 jam setengah lagi.sebelum tepat pukul 12 tengah malam, menandakan syawal sudah menjengah. Selamat datang syawal. Moga kedatangan kamu menyinari hidup setiap insan, diri saye, keluarga saye, sedara-sedara saye dan juga kawan-kawan saye. Amin. Moga semua orang berbahagia meraikan hari esok.

Wahai syawal, gembirakan mereka ye. juga bagi mereka yang kehilangan, moga setiap apa yang jadik, Allah sinarkan kebahagiaan yang 1000 kali lebih baik. InsyaALLAH.

Owh,lupa.tak sempat lagi nak hantar mesej rayer buat semua rakan-rakan..

Pagi syawal nanti ye

:)

Maaf zahir & batin semua..

AddThis Social Bookmark Button


ye ye,esok nak rayer...  



























Kini, di bumi Johor..

Esok dah nak rayer dah, kenyoubelibet??
InsyaAllah akan berayer sampai selasa.
Pastinya rayer yang bakal jatuh pada tarikh esok,
akan menyaksikan suatu kelainan.
mungkin juga kehilangan.
erm..mungkin juga kelainan.
tiada lagi atuk
abang pun tak rayer kat sini..rayer di rumah keluarga mertua nya.
kakak ipar dengan abang ipar pun sama
apatah lagi akak di bumi sydney,lagi lah tak rayer di sini.


"Maka,dengan ini saye mengambil kesempatan juga memohon seribu kemaafan di atas kesalahan-kesalahan yang saya telah lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Semoga rayer tahun ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Amin..."


 ♥ mungkinkah 'kemunculan yang dinanti' akan meminta maaf?♥

AddThis Social Bookmark Button


Kemunculan yang dinanti (jeng-jeng-jeng)  

Thursday, September 10, 2009

seperti munculnya anak bulan tatkala syawal semakin menghampiri..
seperti munculnya sinaran mentari tatkala siang menjelma..
seperti munculnya kerlipan-kerlipan bintang tatkala malam menyusul

kemunculan nya di nanti..

Kemunculan nya dinantikan oleh ‘pihak-pihak berwajib’ yang pasti menerima kemunculan itu sebagai satu rahmat dari langit.

‘rahmat dari langit’ yang pastinya membuatkan hati tidak sabar untuk melihat dengan lebih dekat kemunculan itu.

seperti menanti kemunculan filem transformer untuk ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Cuma pastinya yang membezakan filem-filem blokbuster Hollywood ini ialah kemunculan filem ini sekadar di pentas layar lebar dan kemunculannya di pentas realiti dunia.

Moga dengan kemunculan yang dinanti itu bakal menjawab segala-galanya

Amin..

Bagi mereka, kita nanti kan bersama suatu kemunculan yang dinanti...pastinya

:)

tunggu dan lihat..

AddThis Social Bookmark Button


saye rindu...  

Saturday, September 05, 2009

sye rindu...

tempat ini~
tempat di mana..mula mengenal erti kehidupan..
tempat di mana..mengenali kawan-kawan yang tersayang..
tempat yg menjadikan diri ini seperti yang ada sekarang..

PMR,SPM,cikgu-cikgu,s/u pengawas,pembimbing rakan sebaya, cubaan menjadi librarian gagal..ehe, catur,tomok?erk, sekolah paling gangster terhebat di dunia?ehe, best friends, sabah, MC, warga ceria, medan, downtown, kelas nyamuk, rumah hijau, study group, perhimpunan tetiap pagi, lagu sekolah, hari ko-k, so much..so much..
1 tanjung, 2 tanjung, 3 tanjung, 4Sains1, 5 Sains1

dan insan-insan yang disekelilingku dalam jangka waktu ini..
sye rindu kamu.



sye rindu...

tempat ini~
tempat di mana..sye dah dewasa skit..sikit je kot.heh!
tempat di mana..sye mengonvokan diri..

juga tempat yg menjadikan diri ini seperti yang ada sekarang..

coursemates, kuman2, JAKSA, majalah, monyet, tesis?, usahawan, majalah, sek. konvo, tenet 24/7, kena rompak?, best friends, kuo, bsbt, fst, kulat?;p, gerai, kawan-kawan seperjuangan,konvo...masih terasa lagi seperti semalam..

insan-insan di sekeliling ku dalam jangka waktu ini,
sye juga rindu kamu~!




Buat insan-insan itu..

yang menjadi inspirasi mewangi
meninggalkan segala-galanya
kenangan,
harapan,
perasaan,
dalam sebuah kelopak
persahabatan


sye rindu kamu...
sye rindu saat itu..
can we just turn back time?
coZ i'll return..







♥ ..missing everything..

AddThis Social Bookmark Button


Dato' K kah? Heh.  

Wednesday, September 02, 2009

Di suatu pagi, mesej masuk dan HP berbunyi doorbell, "ting tong"

kawan baek menghantar mesej,

"..sye mimpi kita dua kahwin on the same day.."

"..sye mimpi awak kahwin dengan orang yang lebih tua dari awak tapi tak tahu siapa"

"..tak kenal lah sebab tak nampak muka orang tue dalam mimpi tue.."

".. nice person tapi lebih tua"

(*-*)

erk...
Dato' K??
Heh.

:)


Hee! mimpi itu indah bukan..~

AddThis Social Bookmark Button


Pak cik Bangla,sye tidak rela..  

Saturday, August 29, 2009


sabtu..
29 ogos 2009
hari ini,sye puasa..
ada hati nak ke low yatt...
teringin nak carik external hard drive 1~

Mr. Tosh sye sakit. Kalau beliau ditakdirkan masuk ICU. Maka, kenalah bersiap sedia membackup harta-harta karun yang sedia ada dalam laptop tue.

di Low YaTT:
setibanya sye di Low Yatt, di sambut pula oleh beberapa penyambut tetamu dari celcom broadband,digi broadband dan maxis broadband. Tak sangka kedatangan dialu-alukan sebegini rupa,terima kasih semua.heh. Survey punyer survey... tetiba dah rambang mata (*-*) Nak pilih yang mana pun tak tau.adoyai..At last, dapat gak carik 1..yeay~

owh ye,lagi satu masa tengah-tengah tanya harga laptop HP nie. Boleh plak pak cik bangla yang jaga kedai tue tanya soalan maut, "do you have any boyfriend?".. erk... apa kaitan dengan harga laptop HP tue tadi? Mana bos kamu?? u're so fired.heh. Dalam banyak2,kenapa mesti Pakcik Bangla!!~ fullstop.fullstop lagie dan lagie.



♥ ..esok,hari ahad..yeay..

AddThis Social Bookmark Button


T.R.U.S.T  

Thursday, August 27, 2009

lately, most of my friends berbicara tentang ‘T.R.U.S.T’
why? becoz sumthing happen…
susah nak percaya, tapi benda dah jadik..


''trust in me
cause i know the pain

trust in me
cause i know the cold nights

trust in me
cause i know the lonliness

trust in me
cause i know my heart

trust in me
cause i know my soul

trust in me
cause i know what i give

trust in me
cause i know who i am

trust in me
cause i know what i want

trust in me
cause i know i can trust you!"


but what if, after we trust u with all our heart,
at the end, .......................................
fullstop.



rasa macam tertipu.. T.T..

AddThis Social Bookmark Button


 

Powered by adelin_uk